03 Disember 2010

Pengenalan

Masjid Mukim Pulau terletak di daerah Kubang Kerian telah dibina pada tahun 1963 di atas lot tanah wakaf. Dalam meniti arus masa, masjid ini telah diperluaskan pada tahun 1974, 1986, 2000 dan 2007 untuk menampung jumlah jemaah solat pada satu-satu masa. Bagaimanapun pengubahsuaian yang dibuat tanpa perancangan yang teliti secara tidak langsung turut melenyapkan keindahan senibina sebuah masjid.


Justeru itu, pihak Jawatankuasa masjid berpandangan masjid Mukim Pulau ini perlu diberi nafas baru dan bersesuaian dengan kepesatan aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan.


Daripada  Muaz bin Jabal r.a, Nabi s.a.w bersabda:
     “Tidakkah kamu mahu aku tunjukkan kepada kamu pintu kebaikan,
1.   Puasa adalah pelindung ,
2.   Sedekah memadam kesilapan seperti air memadam api
3.  Seorang insan solat pada penghujung malam
                                                                                                         (Riwayat al-Tarmizi dan Ahmad)