03 Disember 2010

Cara Beramal Jariah

1. Sijil Wakaf Bangunan Masjid
      Para penderma mewakafkan bahagian bangunan masjid daripada keseluruhan kos pembinaannya  
      dengan gandaan RM50. Tuan/puan akan diberikan sijil wakaf Bangunan Masjid Mukim Pulau. Untuk itu
      berhubung terus dengan jawatankuasa perhubungan seperti yang tertera.

2.  Resit Derma
     Mereka yang ingin menderma untuk membina masjid ini boleh menghulurkan sumbangan sama ada 
       dengan nilai RM2, RM5 atau RM10. Untuk itu para dermawan akan diberikan resit derma mengikut 
       nilai tersebut. Sumbangan cara ini bolehlah dibuat melalui agen-agen atau pemungut derma yang dilantik.

3.  Terus ke Akaun Semasa BIMB
     Para dermawan yang tinggal jauh atau di luar kawasan tetapi berhasrat untuk mendapat ganjaran pahla  
        berlipatganda melalui sedekah kepada pembinaan masjid, bolehlah menyalurkan terus ke akaun semasa
        Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) melalui No Akaun : 03018010143794.

4.  Melalui Cek
     Dermawan yang ingin menghulurkan sedekah menggunakan cek boleh berbuat demikian atas nama
       "TABUNG PEMBINAAN MASJID MUKIM PULAU" dan di alamatkan kepada
        Bendahari, Tabung Pembinaan Masjid Mukim Pulau, Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu, Kelantan.